Kaki Hampir Putus Kena Tetak Angkara Kacau Bini Orang

TERKINI
August 11, 2023 - 05:44 PM


Telah tular satu video memaparkan seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak seorang lelaki lain yang berada di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan Menara Kinabalu, Sabah.

Rakaman berdurasi seminit 20 saat itu dikongsikan di laman Facebook My Sabah hari ini. Difahamkan lelaki tersebut naik berang selepas mengetahui mangsa cuba mengganggu isterinya.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat meluru ke arah kereta mangsa dan menetaknya secara berulang kali menggunakan kapak hingga menyebabkan dia tidak mampu untuk mengelak amukan si suami itu.

Dalam masa sama, turut kelihatan seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan. Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan dan belakang kereta sementara cuba membuka pintu difahamkan untuk membawa wanita itu keluar. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Dalam situasi tegang tersebut, mangsa dilihat berjaya memecut keretanya sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Orang ramai yang menonton klip video tersebut melontarkan pelbagai komen dan merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi serta tidak mendahulukan emosi dalam apa-apa hal.

"Ngerinya tengok dia hayun kapak tu kuat betul sampai berdarah-darah si mangsa" komen salah seorang pengguna Facebook.

"Tak pasal-pasal jadi kes polis dan rekod kau buruk. Perkara begini jangan kasi emosi kawal diri, berbincang tu perkara yang penting dan tidak bertindak melulu" kata Syah Efazan.

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan terdapat laporan diterima berhubung kejadian tersebut.

Sumber berita : Majoriti

Destination: