"Kalau Tak Sabar Jangan Kerja?" - Viral Video CCTV Pengasuh Berkasar Dengan Kanak-Kanak

TERKINI
August 30, 2023 - 06:13 PM


Sejak kebelakangan ini, rasa macam banyak pula kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak. Ada yang dipukul dengan pengasuh, ada yang dipukul oleh teman lelaki si ibu dan ada juga yang didera oleh ibu bapa kandung sendiri.

Dengan kos meletakkan anak-anak di taska atau pengasuh tinggi, nampak gayanya semakin sukarlah ibu bapa untuk menempatkan anak mereka pada individu mahupun tempat yang selamat. Baru-baru ini viral satu video rakaman CCTV yang memaparkan satu insiden yang dipercayai berlaku di suatu taska di Johor Bahru.

Berdasarkan video, jelas pengasuh taska tersebut bertindak kasar terhadap kanak-kanak. Video tersebut mendapat kecaman hebat dari orang ramai. Namun setakat ini tiada laporan penuh atau maklumat terperinci mengenai video tersebut.

Sama-sama kita nantikan kenyataan dari pihak berwajib. 

Destination: