Teman Lelaki Dedah Tembelang Cikgu Tadika Dera Anak Asuhan

TERKINI
February 08, 2024 - 04:09 PM


Sudah menjadi norma buat ibu bapa yang bekerja untuk mencari perkhidmatan pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka ketika waktu bekerja. 

Setiap ibu bapa yang ingin menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga si anak pada pengasuh pasti berasa resah gelisah dengan lambakan kes dera yang berlaku sebelum ini. Namun, akibat tiada pilihan mereka terpaksa mengambil keputusan itu.

Itu yang menimpa Akma Nur Amanina di Facebook. Menurut perkongsiannya, dia menerima panggilan dari pihak tadika yang menjelaskan mereka tidak mampu lagi untuk menjaga anaknya kerana ‘istimewa’.

Akur dengan keputusan pihak tadika, dia pun turut berterima kasih kerana sanggup menjaga anaknya selama setahun lebih. Namun, siapa sangka rupanya ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Beliau menerima bahan bukti dari orang luar yang mendedahkan aktiviti penderaan yang berlaku di dalam taska tersebut.

Bukti tersebut diberikan oleh teman lelaki kepada salah seorang cikgu di tadika tersebut. Jelas berdasarkan video, cikgu tersebut bersikap kasar, dan menghiraukan tangisan si anak.

Tambah ibunya lagi, anaknya juga mengalami trauma sehinggakan menutup kepala ketika bertemu cikgu berkenaan. Beliau menyesal kerana lambat menyedari apa yang telah berlaku pada anaknya.

Ekoran insiden itu, ibu Noura lantas meminta ibu bapa untuk sentiasa berwaspada dengan cikgu terbabit kerana tidak mahu nasib yang sama berulang lagi. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis berhubung hal ini bagi tindakan selanjutnya.

Destination: