Kantoi Ada Sejarah Tonton Porno Di Telefon, Ini 7 'Perniagaan' Sumber Kekayaan Ebit Lew
TERKINIPendakwah bebas sensasi, Ebit Lew sekali lagi dihimpit kontroversi setelah ‘kantoi’ pernah melayari laman web lucah di telefon bimbit miliknya.
Didedahkan oleh saksi perbicaraan kes di mahkamah, pendakwah terkenal itu berdepan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual.
Terkenal dengan ‘content’ sumbangan melibatkan wang ribuan ringgit, pasti ramai yang tertanya-tanya akan sumber kekayaan Ebit Lew.
Berikut adalah sumber ‘kekayaan’ atau perniagaan yang diceburi oleh lelaki yang berusia 39 tahun itu.
1. PAKAR MOTIVASI
Ebit Lew mengasaskan syarikat yang menawarkan program motivasi dan pembinaan jati diri iaitu Transform Education & Training Sdn Bhd.
Terkenal dengan modul seminar ‘Keluarga Sunnah’, Ebit sebelum ini pernah belajar dan bekerja di bawah Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
2. TIGA CAWANGAN RESTORAN
Mempunyai tiga cawangan, Ebit juga menceburi bidang perkhidmatan makanan menerusi rangkaian restoran Paramount Coffee House.
Mula dibuka pada tahun 2015, rangkaian restoran ini diusahakan oleh ahli keluarga Ebit Lew.
3. BUTIK PAKAIAN MUSLIM
Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, Ebit juga memiliki sebuah butik busana Muslim iaitu Elew’s Design.
4. RANCANGAN BUAL BICARA
Muncul di kaca televisyen melalui dua rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu ‘Door to Door Ebit Lew’ dan ‘A Bit with Ebit’.
Selain meningkatkan populariti, penampilan pendakwah itu pasti dibayar oleh pihak penerbit rancangan dari segi royalti.
5. PENULIS BUKU
Selain berdakwah, Ebit juga pernah berkarya dengan menulis kira-kira 9 buah buku yang dikatakan laris dijual di pasaran.
Antaranya adalah Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
6. SELEBRITI MEDIA SOSIAL
Didakwa meraih pendapatan ribuan ringgit, Ebit juga terkenal sebagai pencipta kandungan yang menerima langganan dari 1.34 juta pengguna Youtube.
7. PASAR RAYA ELEWSMART
Menawarkankan harga mampu milik, Ebit juga membuka pasar raya ElewSmart khusus buat golongan yang berpendapatan rendah.
ElewSmart juga menyediakan ruangan ‘Food Bank’ di mana mereka yang tidak mempunyai wang boleh mengambil barang keperluan secara percuma.
Sumber: Malaysia Dateline