"Kari Tak Salah Ditumpahnya" - Wanita Mengamuk Order Siap Lambat, Siap Nak Call Lawyer
TERKINISeorang wanita mengamuk dengan mencurahkan kuah kari di sebuah restoran kerana difahamkan pesanannya lambat disediakan.
Menerusi satu klip video tular ketika ini, seorang wanita difahamkan berang dengan layanan pekerja di sebuah restoran kerana lambat untuk menyiapkan pesanan makanannya.
Drama raya ke-3
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 24, 2023
Kejadian dekat kedai mamak. kerugian sebiji helmet kura-kura dengan 1 bekas kari.
Cameraman tiptop! pic.twitter.com/tTcxcSveNc
Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, namun ternyata melalui percakapan wanita berkenaan kejadian terbabit berlaku di Malaysia.
Menerusi klip video terbabit juga, terdapat seorang lagi pelanggan lelaki yang turut mengamuk kerana isu sama yang tidak berpuas hati dengan layanan restoran tersebut.
Namun, berdasarkan kepada dialog pekerja restoran terbabit, mereka bersetuju untuk mengembalikan wang wanita dan lelaki tersebut.
“Anak aku lapar, kau ingat apa. Kau tak kenal aku siapa, tunggu lawyer (peguam) aku,” jelas wanita tersebut.