"Kasih Seorang Guru" - Netizen Puji Guru Potong Rambut Anak Murid Penuh Dengan Kutu

TERKINI
September 06, 2022 - 12:30 PM


Antara pekerjaan yang mulia dan dihormati oleh masyarakat sudah tentu menjadi seorang guru. Guru antara insan penting dalam kehidupan dalam mencorak dan mendidik keperibadian diri kita. Jasa seorang guru yang benar-benar ikhlas sudah pasti sukar untuk kita lupakan sehingga akhir hayat.

Viral di platform TikTok, satu video yang dirakam di negara jiran kita iaitu Indonesia berjaya membuat netizen seluruh dunia berasa tersentuh. 

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke - Denny Caknan

Jelas menerusi video tersebut, dua orang guru sedang usaha untuk memotong dan membersihkan rambut seorang anak murid yang penuh dengan kutu.

Difahamkan, ketika sedang belajar, seorang rakannya mengadu apabila melihat kutu tersebut berkeliaran di tudungnya dan murid itu juga tidak fokus sewaktu belajar kerana hanya menggaru kepalanya sahaja.

Tindakan pantas guru tersebut terus membuka tudung muridnya dan terkejut apabila melihat rambut anak muridnya itu berbau dan dihuni kutu yang sangat banyak.

Sifat empati dari para guru dalam video tersebut wajar dipuji. Peka akan keadaan anak murid yang serba kekurangan dan tidak berada dalam keadaan yang selesa untuk belajar. Moga syurga buatmu warga pendidik!
 

Destination: