Katanya Viral di Amerika Tupac Berada Di Malaysia Dan Masih Hidup Lagi

TERKINI
October 18, 2022 - 05:47 PM


Memetik laporan Lad Bible, walaupun disahkan kematiannya, khabar angin dan teori konspirasi bahawa Tupac sebenarnya masih hidup terus bermain di mulut peminat. Selain itu, anak lelaki Knight turut menyebarkan cerita mengenai kematian Tupac sehingga ia menjadi buah mulut orang ramai.

Penyanyi hiphop, Tupac Shakur yang disahkan meninggal dunia 26 tahun kini dilaporkan masih hidup dan tingga di Malaysia.

26 tahun lalu, Tupac Shakur hadir ke sebuah perlawanan tinju di antara Mike Tyson melawan Bruce Seldon di MGM Grand Las Vegas. Selesai menonton, ketika mahu pulang daripada perlawanan tersebut bersama-sama Suge Knight, sebuah kereta telah berhenti menghampir BMW Tupac dan melepaskan tembakan. Dia meninggal dunia selepas enam hari berada di hospital.

Untuk rekod, nama sebenar Tupac adalah Tupac Amaru Shakur. Beliau lahir di Lesane Parish Crooks pada 16 Jun 1971. Beliau juga dikenali sebagai 2Pac dan Makaveli. Tupac sering dianggap sebagai antara penyanyi HipHop paling berpengaruh sepanjang zaman. Jadi tidak terkejut jika dia mempunyai musuh.

Sepanjang menjadi penyanyi, Tupac telah menjual lebih daripada 75 juta rekod di seluruh dunia. Kebanyakan muzik beliau telah terkenal kerana menangani isu sosial kontemporari yang melanda bandar dan dia dianggap sebagai simbol aktivisme menentang ketidaksamarataan.