Tupac Masih Hidup, Sekarang Tinggal Di Malaysia - Suge J. Knight

TERKINI
October 05, 2018 - 11:29 AM


Panas. Panas dekat Instagram dan media-media sosial tentang pengumuman atau pendedahan yang dibuat berkenaan seorang lagenda muzik Hip-hop terkemuka Tupac Shakur yang ditembak mati pada tahun 1996 sebenarnya masih hidup.

Apa yang lagi menarik, dan juga pelik, dalam pendedahan tersebut menyatakan Tupac masih hidup dan kini berada di Malaysia!

Sebelum kita ke isu Tupac di Malaysia ni, kita sembang pasal sejarah dulu.

Menurut kisah, pada malam 7 September 1996, Tupac dalam perjalanan balik dari tengok perlawanan Mike Tyson di Las Vegas. Masa kereta dia berhenti di lampu isyarat, sebuah kereta Caddilac putih berhenti sebelah kereta Tupac dan melepaskan beberapa das tembakan.

Menurut laporan, 4 tembakan terkena pada Tupac dan terus dikejarkan ke University Medical Center tetapi tak dapat diselamatkan selepas enam jam bergelut, dan disahkan meninggal kerana kegagalan pernafasan.

Apa yang menarik, selepas kematian Tupac, terdapat banyak teori konspirasi dan khabar angin macam mana sebenarnya Tupac terselamat dan telah melarikan diri ke negara lain untuk menyendiri. Ada yang kata Tupac dilihat di Cuba dan Somalia pada awal 2000 namun, cerita tersebut berakhir disitu. Sehinggalah minggu ini!

Tupac Di Malaysia!

Sebuah teori konspirasi yang ada kaitan dengan pergerakan iluminati. Itu yang disebut dalam pendedahan yang dibuat oleh Suge J. Knight, anak kepada rapper dan juga pengasas bersama Death Row Record.

Dalam beberapa foto yang dimuat naik ke akaun instagramnya pada hari Rabu, jelas menyatakan dan menceritakan tentang Tupac, dan ada bukti video dari sumber yang katanya dari Malaysia!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Updated video from Malaysia source #killuminati

A post shared by Suge J Knight (@sugejknight) on

 

Suge juga mendedahkan ‘kematian’ Tupac ada kaitan dengan pergerakan iluminati dan nyawa dia sekarang dalam bahaya kerana selepas membuat pendedahan tersebut, dia merasakan dia diekori dan diugut.

 

Agak-agak korang lah, ini taktik pemasaran ke atau memang betul Tupac ada dekat Malaysia? Kitorang rasa ada kebenarannya... Tak percaya? 

Sampai Joe Flizzoe pun cari tau...

Atau... diorang salah tengok sebenarnya... hikhikhik

href="https://polldaddy.com/poll/10127750/">Kalau Tupac Memang Ada Di Malaysia, Korang Rasa Dia Dekat Mana?

 

atau mungkin....

 Close enuff? Hehehehe