"Kau Tahu Tak Kitorang Siapa?" - Lelaki Biadap Ugut Nak Pecat Rider Sebab Hantar Makanan Lambat

VIRAL
September 22, 2022 - 11:21 AM


Viral sebuah video di platform TikTok, seorang lelaki mengamuk apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan reaksi daripada netizen

Menerusi video yang dimuat naik oleh  @minyakhitamjalanan di laman TikToknya, dia yang merupakan seorang penghantar makanan telah dimarahi oleh individu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape... Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal - minyakhitamjalanan

Difahamkan, penghantar makanan itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja dia tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.

Tidak gentar dengan ugutan lelaki itu, penghantar makanan tersebut mencabarnya untuk membuang dia daripada pekerjaan tersebut memandangkan dia mendakwa pihaknya adalah rakan kongsi kepada grab food.

 

 

 

Destination: