Kedutaan Malaysia Di Tokyo Keluarkan Amaran, 1 Juta Penduduk Dipindahkan

VIRAL
July 04, 2019 - 06:42 PM


Pihak berkuasa di Tokyo telah meminta lebih daripada 1 juta penduduk di kawasan berkenaan supaya berpindah disebabkan hujan lebat yang melanda negara berkenaan. Ini telah menyebabkan beberapa kawasan telah banjir dan berlakunya runtuhan tanah.

Banyak rumah dan kawasan padang telah dinaiki air di Miyazaki dan Kagoshima. Ini menyebabkan kerajaan menghantar pasukan keselamatan darat mereka setelah diminta oleh Gabenor Kagoshima, Satoshi Mitazono.

Photo Credit  : The Herald

Sementara itu di Kagoshima, kesemua 590 ribu orang penduduk diminta untuk berpindah di kawasan perlindungan sementara menunggu ribut yang bakal mendatang.

Jabatan meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran hujan lebat di kawasan Barat Daya dan Barat Jepun dan ianya dijangaka akan berterusan selama satu hari lagi.

Menurut Kedutaan Malaysia di Tokyo dalam satu posting di Facebook; telah meminta rakyat Malaysia yang berada di sana supaya mengikuti perkembangan semasa, dan patuh dengan arahan-arahan yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.  

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video