
"Kembang Tekak!" - Memang Ngeri, Nasi Kukus Ada Kepala Tikus!
TERKINIJanuary 13, 2023 - 04:17 PM
Kecoh di platform TikTok tentang satu video dari @tiktok_kluang di mana dia mendakwa terdapat satu benda asing di dalam hidangan nasi kukus. Video tersebut ternyata mengejutkan netizen dan ramai yang jijik dan geli jika benar seperti apa yang didakwa.
Watch on TikTok
Berdasarkan video, jelas ada satu benda asing yang dimasak sekali dan kelihatan seperti satu kepala tikus. Bentuknya seakan sama dan lebih menggelikan terdapat misai yang jelas menunjukkan cici-ciri haiwan perosak tersebut.
Watch on TikTok
Kalau benar seperti apa yang didakwa, pasti kedai ini bakal menerima nasib yang sama seperti satu kedai mamak di Ampang yang viral kerana tidak menjaga kebersihan kedainya sehingga seekor tikus naik menjamah seketul ayam goreng.
Sumber dan Kredit: @tiktok_kluang
Destination: