Boleh Daki Gunung Kinabalu Mulai 5 Mac Ini, Tapi Ada Syaratnya..

TERKINI
March 01, 2021 - 06:08 PM


Aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang ditangguhkan sejak 13 Januari lalu akan dibenarkan semula Jumaat ini (5 Mac 2021) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari.

Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah atau Taman-Taman Sabah (TTS) memberitahu perkara tersebut melalui kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini (Isnin).

Bagaimanapun, pendaki dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.

Pendakian itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) antaranya pendaki perlu mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan ujian saringan Covid-19.

Mengikut SOP itu, pendaki juga dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian Covid-19 adalah negatif dan kos saringan ujian itu ditanggung oleh pendaki.

Bayaran pendakian akan dikembalikan (sekiranya ujian positif Covid-19 dan kenaikan kos pendakian kerana ujian Covid-19) dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.

Sumber: Facebook Taman-Taman Sabah

 

Destination: