Gunung Kinabalu - Fenomena Salji Di Puncak Menjadi Perbualan Hangat Dalam Kalangan Hikers Di Malaysia

TERKINI
October 15, 2020 - 08:41 AM


Pada bulan September yang lepas, fenomena salji di Gunung Kinabalu viral dan menjadi bualan hangat apabila seorang pendaki yang bernama Wandy John memuat naik gambar dan video di puncak. Tapi untuk korang yang tak tahu, fenomena salji atau bentukan ais di puncak Kinabalu bukanlah satu perkara yang aneh. Memang rare, tapi boleh terjadi.

Kalau korang masih ragu-ragu gambar atau video ni real ke tak, korang boleh tengok bukti-bukti di bawah. Memang betul terjadi.

Tapi ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Pada tahun 2018, Berita Harian mengeluarkan satu laporan mengenai ketulan-ketulan ais yang dijumpai di puncak Gunung Kinabalu. Fenomena ini terjadi kerana suhu di puncak mencapai -1 hingga -2 darjah celcius. Air yang bertakung di puncak tersebut kemudiannya membeku dan bertukar menjadi ketulan ais.

Jadi ini bukanlah salji seperti di negara lain tetapi hanya ketulan ais. Namun begitu, fenomena salji di puncak Kinabalu tidak mustahil untuk berlaku. Ya, tidak mustahil. Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, ianya tidak mustahil kerana Gunung Kinabalu terlalu dekat dengan Khatulistiwa.

Malah, untuk pengetahuan korang pada tahun 1993 pun dah ada orang yang berjumpa dengan fenomena ini. Akhbar New Sabah Times mengeluarkan laporan mengenai Palimin Jasli yang bergambar dengan salji ketika mendaki Gunung Kinabalu. Jadi apa pendapat korang mengenai fenomena ini? Adakah korang terjuja dapat tahu bahawa ada lokasi di Malaysia yang berkemungkinan besar turun salji seperti negara lain?

 

Sumber: Mount Kinabalu Climb

Destination: