Viral Video Gunung Kinabalu 'Banjir'! Limpahan Air Deras Katanya Fenomena Biasa

TERKINI
October 18, 2022 - 04:45 PM


Sejak kebelakangan ini, puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu mengalami limpahan air deras dan kuat hingga mengundang bahaya bagi para pendakinya kerana keadaan licin serta berisiko kepada nyawa.

Keadaan ekstrem yang digambarkan di puncak Gunung Kinabalu di Sabah itu viral dalam beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna di aplikasi TikTok sejak beberapa hari ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kilometer 7.1 dan 7.2 berdekatan pondok Sayap-Sayap.

Menurut Ketua Sub Stesen Panalaban Taman Kinabalu, Julaimin Kamin -- fenomena limpahan air itu perkara biasa berlaku di gunung itu susulan peralihan monsun.

"Kejadian berlaku ketika pendaki yang berada di puncak mahu menuruni gunung," katanya.

@kladius83

Banjir di gunung kinabalu tempat mendaki

♬ bunyi asal - kladius Nasiri

Menurut beliau lagi, Taman Kinabalu sentiasa memantau keadaan cuaca sebelum sebarang aktiviti pendakian dijalankan.

Namun, dalam keadaan cuaca yang sukar diramal, apa yang boleh dilakukan menurut Julaimin ialah memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bukan sahaja dalam kalangan pendaki, malah semua kakitangan yang bertugas di Gunung Kinabalu.

"SOP pendakian gunung ini sememangnya sudah kuat. Kita sentiasa mematuhi SOP sedia ada.

"Cuma dalam keadaan tertentu yang tidak dapat diduga seperti hukum alam. Yang itu, diluar kawalan kita.

"Apa yang boleh dilakukan cuma memantau sebaik mungkin aspek keselamatan sebab pengurusan taman-taman Sabah sangat menitik beratkan keselamatan setiap pendaki, termasuk semua agensi serta kakitangan yang bertugas di Gunung Kinabalu," kongsi beliau lagi.

@ranausabah

Banjir di puncak Gunung Kinabalu… kadang heran juga dari mana punca air tu..

♬ original sound - Ranau Sabah

Sementara itu, ekoran hujan berterusan di pantai barat negeri tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap daerah di Sabah kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

"Kesiap siagaan ini termasuk dari segi aset dan anggota. Kalau keadaan mendesak, cuti akan dibeku dan pengoperasian secara berterusan akan dijalankan.

"Sekarang ini kita belum lagi menerima panggilan babnjir walaupun hujan berterusan semalaman. Buat orang awam, diminta berhati-hati dan tidak keluar bermain ketika dalam keadaan hujan ini," katanya.

Destination: