"Kena Sidai 3 Jam, Siapa Tak Mengamuk!" - Lelaki Maki Pemandu Bas Wanita, Buat Netizen Berdebat

TERKINI
February 16, 2023 - 12:59 PM


Isu kualiti servis pengangkutan awam sering menjadi perdepatan lebih-lebih lagi mereka yang menggunakannya sebagai pengangkutan utama untuk aling alik ke tempat kerja.

Baru-baru ini viral, satu klip video seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menengking dan mengugut pemandu bas Rapid KL selepas terpaksa menunggu lebih tiga jam di stesen bas.

Mendakwa pemandu berkenaan tidak menjalankan tugas sebaiknya, individu berkenaan kemudiannya mengugut untuk melaporkan kepada pihak pengurusan syarikat pengangkutan berkenaan.

Dalam pada itu, rungutan tersebut turut mendapat sokongan beberapa lagi penumpang lain yang berada dalam bas terbabit.

Destination: