"Kenal Masa Program Motivasi" - PU Disyaki Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki
TERKINISeorang penceramah bebas yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal telah berkenalan dengan kesemua pengadu menerusi program motivasi di sekolah sekitar Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati suspek berusia 40-an itu melakukan perbuatan tersebut ke atas empat mangsa berumur lingkungan 17 hingga 18 tahun.
Mengikut rakan di meja hiburan, suspek adalah penceramah bebas, pengacara & pelakon lelaki (watak beri nasihat). Pernah menang program berkaitan ummah dalam kariernya.
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) September 9, 2022
Suspek 40an itu direman 6 hari untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak2 & remaja bawah umur. https://t.co/R6yLpYMUme
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.
Media sebelum ini melaporkan Polis Selangor menerima empat laporan berkaitan kes terbabit, iaitu dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.