Kereta Rosak Semasa Pulang Beraya? Ini Nombor Kecemasan Yang Patut Dihubungi [Update Terkini]





Dijangkakan 2 juta kenderaan akan perlahan-lahan memenuhi lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan utama dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Masing-masing ada destinasi yang hendak dituju.

Untuk yang pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti terutamanya yang menggunakan lebuhraya atau highway; sila pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum perjalanan.

Jika kereta anda rosak di mana-mana lebuh raya, ingat – hubungi sahaja pihak PLUS  di 1-800-88-0000. Ini kalau korang mengalami kerosakan di highway plus lah. Kalau bukan, jangan pulak call plus, kena marah nanti. Hehehe.

Apa yang perlu anda buat kalau kereta rosak ditepi jalan?

Perkara pertama, bukak lampu kecemasan.

Jika kenderaan boleh bergerak, perlahan-lahan bergerak ke lorong kecemasan dan hentikan kenderaan di tempat yang selamat.

Pasangkan segi tiga kecemasan, dan pastikan kesemua ahli keluarga berada di tempat yang selamat.

Kendian, hubungi pihak Plus untuk beritahu lokasi anda. Ada dua jenis, satu warna hijau, satu warna putih di kiri atau kanan jalan raya. Biasanya bagitahu nombor tepi tu, diorang akan tahu.

Bantuan akan diberikan serta merta (kalau kerosakan kecil) atau yang boleh diperbetulkan on the spot. Jika tidak, mereka akan tarik ke tol yang berhampiran secara percuma.

Selain daripada unit bantuan lebuhraya, macam biasa korang boleh call syarikat insurans kereta masing-masing. Cuma, musim perayaan ni, tak pasti sama ada diorang boleh sampai berapa lama. Jadi, untuk selesaikan masalah awal, call pihak highway yang korang ada tu.

Untuk yang akan pulang beraya, tulis atau simpanlah nombor-nombor kecemasan di bawah ini…

Dan ini ada penambahan sedikit untuk syarikat Insurans dan lain-lain...

 

;