"Entah Datang Dari Mana, Tiba-Tiba Berkawad" - Pengguna Jalan Raya Terkejut Lelaki Berdiri Di Tengah Jalan

TERKINI
May 24, 2023 - 11:34 AM


Musim panas macam ni sudah tentu ramai yang buat benda bukan-bukan sebab stress dan tertekan dengan cuaca terik ditambah pula kerja yang menimbun. Ada saja perkara yang kita cari untuk hiburkan diri sendiri.

Tapi berlainan dengan kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah jalan raya di Ukay Heights, Ampang, seorang lelaki bertindak 'menghiburkan' dirinya dengan berkawad di tengah jalan ketika kereta membelok melepasi sebuah simpang.

Lelaki tersebut secara mengejut berkelakuan aneh apabila dilihat berkawad dan menabik hormat ketika melintas.Kereta-kereta terpaksa memberhentikan kenderaan mereka dan seolah-olah 'memberi laluan' kepada lelaki itu habiskan persembahannya.

Walaupun kita yang melihatnya berasa lucu namun rata-rata netizen mengatakan ia situasi berbahaya dan boleh berlaku kemalangan.Itu nasib baik kereta tak laju selepas simpang. Bayangkan kalau kereta memecut laju.

Kejadian terbabit dirakam menggunakan kamera dashcam sebuah kereta dan dikongsi oleh ramai pengguna media sosial. Mempamerkan perbuatan seakan-akan kawad kaki, lelaki tersebut beredar tidak lama selepas kejadian.

"Boleh pula dia berkawad tengah jalan. Datang lori sondol nanti dah lain cerita dah" ujar Nafisah Azlan

"Cuaca panas sekarang menyebabkan salur darah di bahagian kawalan kewarasan diri telah pecah akibat tekanan darah yang tinggi' kata Khairul Amrie.

"Datang dari mana entah, tiba-tiba berkawad tengah jalan, macam-macam perangai pelik orang kita sekarang" tambah Ufairah Mizan.

Macam-macam reaksi yang diberi netizen berkaitan video ini. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden tersebut dan min nasihatkan korang jagalah keselamatan setiap masa.

Pelik-pelik ya perangai orang sekarang dan harapnya lelaki tersebut tidak membahayakan dirinya kerana content-lah.

Sumber dan kredit : Majoriti