Kg. Kashless – Bazar Ramadan Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia Di Kampong Bharu



Buat pertama kalinya di Malaysia, bazar Ramadan akan menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai atau cashless dan ianya dijalankan di Kg.Kashless, Kampong Baru.

Dilancarkan oleh Touch ‘N Go, bermula 6 Mei lagi sebenarnya, pengunjung yang berkunjung dan membeli juadah berbuka di Kampong Baru ini boleh memilih untuk melakukan pembelian secara cashless daripada lebih dari 400 buah gerai. Lebih menarik, mereka yang menggunakan pembayaran tanpa tunai ini akan mendapat pulangan sehingga RM1,000 sepanjang kempen berlangsung sekira berbelanja sekurang-kurangnya RM5.

Selain daripada pembayaran tanpa tunai, pelbagai lagi tarikan dan aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung di Kg Kashless seperti :

1. Ketupat Runtuh – lakukan pembelian menggunakan e-dompet di bazar dan 50,000 cawangan lain dan berpeluang mendapatkan pulangan wang tunai sehingga RM1 juta.

2. Kucing Kashless Rekomen – Kemas kini mingguan melalui aplikasi e-dompet mengenai senarai 10 pilihan makanan terbaik dan 10 kejadian terbaik di bazar.

3. Katch Kucing Kashless – Jadi antara yang terpantas menjumpai lima ‘kucing’ di bazar, swafoto bersama ‘kucing’ dan muat turun gambar di Facebook untuk menangi hadiah menarik. Jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #KatchKucing #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet.

4. Siapa Yang Best! – Undi gerai kegemaran anda di bazar dengan menggunakan aplikasi e-dompet. gerai yang mendapat undian tertinggi akan dipaparkan di laman Facebook Touch ‘n Go setiap minggu.

5. Hadiah Tambahan Sempoi – Lihat gerai di aplikasi Touch ‘n Go bagi merebut tawaran hebat dan barangan eksklusif serendah RM2.

Selain itu, anda juga boleh ‘lepak-lepak’ berbuka bersama artis kegemaran anda di Halaman Sempai iaitu Alif Satar, Nabila Razali dan Maya Karin.

Nak tahu kat mana lokasi Kg Kashless ni? Boleh rujuk dekat peta yang kitorang 'lukis' ni eh...


Boleh download di sini : Download Leaflet

Sumber : TnG Digital