Kini Tiada Lagi Akaun Twitter Tidak Aktif -Elon Musk

TERKINI
May 09, 2023 - 03:49 PM


"Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut," lapor Agensi Anadolu Agency (AA) memetik ucapan Elon Musk.

Apakah jenis ciri dari Twitter untuk pembersihan akaun yang tidak aktif oleh pengguna, masih belum jelas.

Twitter menyatakan kepada pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari setahun, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu untuk menentukan sama ada akaun tidak aktif akan dipadam atau tidak

 Keputusan Elon Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lepas. - Bernama