
Konon Syiling Bertuah, Penumpang Ditahan Campak Syiling Ke Dalam Enjin Pesawat
VIRALSelalunya syiling bertuah akan dicampak ke dalam kolam, perigi dan tempat yang sepatutnya menurut kepercayaan masing-masing. Lain pula yang berlaku di Mongolia dimana seorang penumpang warga emas ditahan gara-gara mencampak syiling bertuah.
Memang perbuatan campak syiling bertuah tu tidak menyalahi undang-undang, cuma tempat syiling tersebut dicampak membuatkan ianya menyalahi undang-undang. Mana tidaknya, bukan satu, tapi enam keping syiling telah dibaling ke enjin kapal terbang.
Kononnya untuk mendapat tuah dan penerbangan yang selamat, wanita berusia 66 tahun berkenaan ditahan polis dan mengaku melakukan tindakan tersebut semasa naik ke pesawat di Hohhot Baita International Airport di Mongolia.
Sejurus penahanan wanita terbabit, kesemua 100 orang penumpang telah dipindahkan ke penerbangan lain dan meneruskan penerbangan mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tianjin Airlines, pihak keselamatan diberitahu tentang kejadian tersebut sekitar jam 7.50 pagi selepas krew ternampak kejadian wanita tersebut mencampakkan duit syiling kedalam enjin pesawat.
Nota Editor : Fuh, nasib baik ada yang nampak, walaupun setetul syiling atau bendasing masuk enjin kapal terbang, boleh menjejaskan tau…
Sumber : Ladbible
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video