"Orang Kuat Semangat Je Boleh Jadi Guard Waktu Malam" - Viral Video Pak Guard Bercakap Dengan Hantu

TERKINI
March 02, 2023 - 03:53 PM


Antara perkara yang sukar dijelaskan atau dibuktikan dengan sains sudah tentunya perkara mistik. Korang percaya tak wujudnya makhluk-makhluk halus ni? Viral di platform TikTok, satu klip CCTV yang menyeramkan..

Watch on TikTok

Video tersebut adalah klip CCTV sebenar yang dirakam di satu kawasan perumahan di Mexico. Seorang penjaga keselamatan yang berada di bilik kamera hairan melihat gelagat rakan sekerjanya yang kelihatan sedang bercakap dengan seseorang.

Dia yang pelik dengan kejadian itu, terus bercakap dengannya melalui walkie talkie. Dia bertanya kepada rakkannya dengan siapa dia sedang bercakap. Rakannya terus menjawab yang dia sedang bercakap dengan penghuni rumah 125.

Terkejut dengan jawapan itu, dia terus mengingatkan rakannya bahawa penghuni rumah 125 telah meninggal pada 20 hari yang lalu. Akibat ketakutan, rakannya terus berlari meninggalkan tempat kejadian...

Destination: