Kelibat 'Wanita’ Bertelekung Muncul Time Live Tengah Malam, Lelaki Ni Terus Cancel Niat Nak Buat Promo!

TERKINI
February 23, 2023 - 12:03 PM


Sebagai peniaga pastinya tidak menang tangan untuk melayan pelanggan atas talian di waktu siang maka di malam hari sahaja masa untuk berhubung di media sosial.

Seorang penulis buku, Iddin Ramli menerusi ‘live’ (rakaman secara langsung) di TikTok menunjukkan satu entiti bertelekung serba putih ingin membeli buku.

Tangkap layar dari live TikTok itu dimuat naik semula di akaun @roslan__ahmad, apa yang lebih mengejutkan adalah ia berlaku selepas jam 12 tengah malam.

“Live @Iddin Ramli muncul seseorang serba putih. Tercengang aku tengok live dia weh apa benda tu??!! Takut aku nak post bahagian dua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@roslan__ahmad Live @Iddin Ramli muncul seseorang serba putih. Tercengang aku tengok live dia weyh ape benda tu??!! Takut aku nak post part 2. 😭 #seram #takut #fypmalaysia #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #iddinramli #fypseram ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Iddin hanya menyedari ‘seseorang’ itu bukan manusia apabila dia toleh ke belakang untuk memberikan buku namun jelas tiada siapa di pintu masuk.

Bagi sedapkan hati sendiri, Iddin keluar sambil memanggil ‘wanita’ itu dengan panggilan ‘akak’. Ketika kamera diarah ke sebelah kanan, nampak jelas entiti itu dihujung kedai memandangnya.

Warganet merasa seram sejuk melihat entiti tersebut malah ada yang batal niat nak masak untuk anak kerana takut melihat video tersebut.

“Terus tak jadi aku nak masak bekal anak kat dapur. Takut, makan jela apa yang cik bagi anak oi. Mummy tak mahu masak,” komen @Fath.

“Nasib dah subuh aku tengok, nak tercabut juga jantung sebab terkejut,” ujar @ainnajihaaa.

Destination: