[VIDEO] "Orang Tua Bila Bercinta Gitulah Gedik Dia" - Belum Sah Nikah, Ramai Meluat Yasmin Hani 'Menggeletis' Dengan Kekasih!

TERKINI
July 18, 2023 - 01:26 PM


Selepas baru-baru ini mengejutkan pengguna media sosial dengan gambar dirinya yang seksi -- pelakon dan pengacara, Yasmin Hani kembali menjadi perbincangan hangat setelah memuat naik satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Yasmin berkongsi satu rakaman video yang memaparkan kemesraannya bersama teman lelaki, Alif Hadi.

Tanpa mendedahkan lokasi, pasangan berkenaan difahamkan sedang menuju ke suatu tempat dengan menaiki pesawat bersama-sama.

Mengundang kecaman, wanita yang berusia 43 tahun itu tanpa segan silu telah mencium bahu Alif Hadi sebelum menaiki pesawat.

Tindakan yang dilakukan oleh ibu kepada dua orang anak itu dianggap keterlaluan kerana lelaki berkenaan masih belum sah menjadi suaminya.

Menyita perhatian ramai, video kongsian Yasmin itu tular di media sosial selepas dimuat naik semula oleh seorang pemilik akaun TikTok.

@yasmin.hani07 My Man ❤️ #BeautifulDays ♬ What It Is - Solo Version - Doechii

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa tidak senang sesudah menonton video berkenaan.

Mengaku meluat, ada individu yang berpendapat bahawa tingkah laku Yasmin itu langsung tidak sesuai dengan umurnya.

Namun begitu, ramai juga peminat yang prihatin dan tidak lupa untuk menasihati pemilik nama penuh Yasmin Hani Ismail Richardson itu.

“Macam inilah kalau orang tua-tua bercinta, kalah gedik dia daripada aku,” perli seorang pengguna.

“Semua orang pendosa. Pernah buat silap atau maksiat. Tetapi janganlah bangga tayang maksiat.” Nasihat pengguna lain.

Sebelum ini, Alif yang juga seorang pelakon itu mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman dudanya bersama Yasmin Hani.

Tidak mahu penceraian yang pernah dialaminya terulang kembali, Alif sedang menumpukan perhatian untuk berubah menjadi lelaki yang lebih baik.

Terdahulu, Yasmin juga pernah mendirikan rumah tangga bersama abang pelakon, Qi Razali iaitu Sha’arin Mohd. Razali pada tahun 2011.

Sah bercerai dua tahun lalu, Yasmin dan Sha’arin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Destination: