[VIDEO] "Bukan Je Juicy Tapi Kaya Khasiat" - Doktor Ini Kongsi 12 Khasiat Di Sebalik 'Donut Peach' Yang Tengah Viral!
TERKINIBuah pic donat yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach merupakan salah satu jenis buah pic yang wujud dan berbentuk oblate.
Pic donat adalah lebih rata bentuknya daripada jenis pic yang lain, manakala kulitnya berwarna kuning dan merah, sementara di bahagian dalam buah ini pula kelihatan putih.
Sejak kebelakangan ini, donut peach semakin mendapat perhatian masyarakat mungkin kerana buah ini mempunyai nama seakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular iaitu kuih donat.
Malah, video netizen membeli dan menikmati donut peach ini juga semakin menjadi-jadi serta viral di platform media sosial terutamanya TikTok.
@nuramyrak Sedap! 🫰🏻 #donutpeach #buahviral #peachdonut ♬ Simple, light and bright song - Kohrogi
Jom kita ketahui apakah sebenarnya khasiat yang dimiliki oleh buah ini daripada Doktor Rizal Abu Bakar, yang turut berkongsi tips membeli, menyimpan dan makan buah pic donat ini.
KHASIAT DONUT PEACH
Sekarang ini dekat sosial media tengah viral pasal donut peach. Sekali tengok rupa memang dah macam donut. Bentuk lebih leper. Lebih gemuk berbanding peach biasa.
Ini ‘donut semula jadi’ boleh makan lebih sikit. Donut goreng tak payah makan.
Paling padu, donut peach lebih wangi, lebih manis, lebih juicy dan lebih rendah acidity berbanding peach biasa.
Padat dengan kandungan Vitamin A, C, Potassium dan Fiber.
Selain tinggi beta-carotene, zat besi, lutein, zeaxanthin dan beta-cryptoxanthin serta sangat mesra usus.
- Nak elak risiko kanser payudara, kanser kolorektal
- Nak baiki tekstur kulit
- Nak kulit auto glowing cantik
- Nak kurangkan keguguran rambut
- Nak seimbangkan tekanan darah
- Nak kempiskan perut
- Nak boost kesihatan jantung
- Nak baikpulih penglihatan
Maka, bolehlah amalkan makan donut peach.
Bagi ibu hamil, lagi elok amal. Bagus untuk kuatkan tulang. Lindungi pembentukan janin normal. Selain, legakan sembelit dan mencegah kontraksi pramatang.
Donut peach ni ada pada akhir musim panas saja. Beli dekat Jaya Grocer harga RM24.90 untuk 500g. Boleh buat ghaso ghaso sekali setahun.
Sumber: neuroversiti.com