Kuala Lumpur Bandar Ke-4 Paling ‘Instagramable’

TERKINI
May 21, 2019 - 05:01 PM


Senarai destinasi paling banyak di Instagram atau paling banyak gambar diambil telah dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan, Hoppa dan menggunakan data yang diambil dari “tag” negara yang ada di Instagram.

Senarai yang dikeluarkan minggu lepas ini merangkumi 50 buah negara pelancongan yang tertinggi dan dipecahkan kepada 5 kategori iaitu; selfie, pemandangan, makanan dan pasangan.

Kuala Lumpur, tersenarai dalam top-10, lebih tepat, berada di kedudukan ke-4 dalam kategori pemandangan. Boleh kata ‘power’ jugak lah KL ni sebab berada di atas tempat-tempat macam Phuket, San Francisco dan Antalya, Turkey!

Selain itu, satu lagi kategori yang menyaksikan Malaysia berada dalam top 10 adalah; makanan. Kita menduduki tempat ke-7 selepas Tokyo, Osaka, Taipei, dan Bangkok.

Nasi Lemak! 

Secara keseluruhan, Malaysia berada di tangga ke-39 di dunia dan pencapaian tertinggi adalah tempat ke-29 pada tahun 2016.

London menjadi tempat paling banyak berada dalam gambar di Instagram dengan jumlah 120 juta keping gambar, diikuti oleh Paris (100 juta) dan New York, 80 Juta.

Statue of Liberty, New York

Destinasi Paling Banyak Di Instagram 2019 :

Category: Scenery

1. Santiago

2. Buenos Aires

3. Kiev (Ukraine)

4. Kuala Lumpur

5. Antalya (Turkey)

6. Cape Town

7. Phuket

8. San Francisco

9. Budapest (Hungary)

10. Lagos (Nigeria)

 

Category: Food

1. Tokyo

2. Taipei

3. Doha

4. Istanbul

5. Osaka

6. Bangkok

7. Kuala Lumpur

8. Singapore

9. Abu Dhabi

10. Melbourne

 

Ranking Keseluruhan : 

1. London

2. Paris

3. New York City

4. Dubai

5. Istanbul

6. Jakarta

7. Los Angeles

8. Barcelona

9. Moscow

10. Tokyo

….

38. Stockholm

39. Kuala Lumpur

40. Vienna

Destination: