
Kuala Lumpur Terima Paling Banyak Pelancong Berbanding Bandar Lain Di Asia
VIRALBandar Raya Kuala Lumpur seringkali menjadi tumpuan para pelancong yang datang tidak kira dari luar negara mahupun pelancong tempatan. Menurut statistik, jumlah kedatangan pelancong saban tahun semakin bertambah.
Pada tahun 2018 sahaja, dicatatkan seramai 343 juta orang pelancong memilih negara-negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Cambodia dan lain-lain negara. Dalam statistik yang sama, dicatatkan yang negara kita, Malaysia menerima jumlah pelancong paling tinggi berbanding negara seperti Hong Kong, China, Thailand dan Jepun.
Di Asia, kajian yang dijalankan oleh Agoda menunjukkan Kuala Lumpur adalah bandar yang menerima jumlah kemasukan pelancong tertinggi di Asia dan jumlah tempahan adalah mengatasi beberapa bandar besar yang lain di Asia seperti Singapura, Taipei dan Bali.
Selain Kuala Lumpur, bandar yang menerima jumlah pelancong yang banyak adalah Pulau Pinang dan Melaka.
Kalau nak ikutkan, dari pengalaman berbual dengan pelancong luar rata-rata daripada mereka suka akan budaya dan sikap masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, saling membantu dan tidak mendiskriminasi golongan pelancong selain daripada kos sara hidup dan matawang yang rendah.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video