Lagu tak sedap, video klip merapu, tak hairanlah lagu nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nursajat dan juga Lucinta Luna menimbulkan kontroversi. Bukan takat netizen, ramai juga memilih untuk menghentam tindakan Aliff Syukri tersebut.
Terbaru, lagu Bobo Dimana tersebut dilabelkan haram oleh PU Amin kerana mengandungi ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam.
Menurut posting yang dimuat naik oleh PU Amin, nada kesal itu ada sebab sebelum ini Alif Syukri pernah juga ditegur oleh PU Azman. Ingatkan, selepas mendapat teguran, video tersebut dibawa turun atau tidak dilancarkan terus, malangnya, di-upload juga.
PU Amin sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila melihat aksi budak-budak sekolah agama terikut-ikut tarian ghairah yang terdapat dalam video klip lagu berkenaan.
Mungkin terasa dijentik atau ditarik telinga, Aliff Syukri membalas teguran PU Amin tersebut dengan sebuah video di Instagram, walaupun ramai yang menasihat, tetapi kelihatan Nursajat, Lucinta Luna dan juga Safiey Ilyas menghentam PU Amin pula.
Tak faham betul sejenis orang yang tak boleh terima teguran dengan hati terbuka ni, dah la terang-terangan benda tu salah. Kalau korang nak dengar, dengar versi PU Azman punya :