"Lah! Suara Dia Sama Je!" - Persembahan Nabila Razali Sekali Lagi Jadi Bualan Netizen

TERKINI
December 01, 2022 - 04:25 PM


Desas-desus yang kononnya Nabila Razali bakal berkahwin senyap-senyap akhirnya terjawab. Setelah viral beberapa gambar Nabila menggayakan busana pengantin, rupa-rupanya itu hanyalah  'teaser' untuk lagu terbarunya Aku Terluka yang turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique,

Pada sesi pelancaran single terbarunya itu, Nabila Razali membuat satu persembahan secara live dihadapan para tetamu dan peminat. 

@xtra_my Sidang media lagu terbaru Nabila Razali - Aku Terluka 🥲🥹 Terkejut min ingatkan bella kahwin senyap-senyap tau😭 #fyp #xtramy #nabilarazali #akuterluka #kahwin #mk #mkkclique #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound - XTRA

Bagaimanapun, menerusi satu video yang dimuatnaik oleh @Xtra di TikTok , jelas kelihatan Nabila menghadapi kesukaran dalam menyampaikan lagu barunya sekaligus mencetuskan kritikan dan reaksi netizen. Biarpun ramai yang mengata, ada juga yang memuji keberaniannya.

Ada juga yang meluahkan rasa risau tiap kali Nabila buat persembahan, namun semangat cekal dan usaha keras beliau dalam menonjolkan bakat wajar dijadikan contoh. 

 

Destination: