"Lainnya Muka Dia!" - Rupa Terkini Zac Efron Buat Netizen Terkejut

TERKINI
September 26, 2022 - 05:56 PM


Pelakon popular, Zac Efron menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia menjalani pembedahan plastik untuk tampil lebih kacak seperti tular, baru-baru ini.

Jelas pelakon Bay Watch itu, dia sebenarnya menjalani pembedahan selepas terjatuh di rumahnya sekitar 2013 dan menyebabkan dagu serta rahangnya patah.

“Saya dituduh kononnya menjalani pembedahan plastik untuk mengubah struktur wajah menjadi lebih tampan. Tetapi sebenarnya, pembedahan itu ekoran insiden saya terjatuh di rumah pada 2013.

“Dagu dan rahang saya patah. Disebabkan itu, saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula struktur wajah yang terkesan. Tetapi, lain pula dakwaan yang timbul,” katanya.

Zac berkata demikian dalam satu wawancara bersama Entertainment Tonight selepas segelintir peminat terkejut dengan perubahan wajahnya yang ketara ketika menghadiri satu majlis hiburan, baru-baru ini.

Destination: