Larangan Bas Pelancong Masuk Ke Paris Akan Dikuatkuasa

TERKINI
July 03, 2019 - 11:19 AM


Selepas ini, bas pelancong ‘tidak dialu-alukan’ lagi di Paris. Menurut Timbalan Datuk Bandar Paris, pelancong yang ingin ke lokasi berkenaan diminta menggunakan alternatif lain seperti berjalan kaki, berbasikal, menggunakan bas awam ataupun perkhidmatan metro yang tersedia.

Alternatif ini semestinya lebih mesra alam kerana Paris ketika ini seakan-akan tidak mampu menampung kebanjiran pelancong yang datang kesana.

Walaupun situasi di Paris belum seteruk kawasan Venice atau Barcelona, namun penduduk tempatan risau dengan pertambahan bilangan pelancong yang sedikit sebanyak membuatkan mereka tidak selesa.

Difahamkan, ketika ini terlalu banyak bas catar yang membawa pelancong ke tempat-tempat menarik di Paris dan kebanyakannya menggunakan engin berkuasa diesel yang sememangnya membawa pencemaran udara.

Sebagai permulaan untuk mengawal pencemaran di bandar Paris, kenderaan berkuasa diesel yang berusia 13 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan bandar lagi dan pihak berkuasa tempatan diletakkan di kawasan ‘hot-spot’ pelancongan untuk memastikan peraturan ini dipatuhi.

Selain diminta menggunakan alternatif lain, agen pelancongan tempatan diminta mematuhi peraturan ini dengan menawarkan tour menggunakan basikal atau berjalan kaki.

Untuk rekod, Perancis merupakan negara yang paling banyak menerima pelancong dengan jumlah 89.4 juta orang pengunjung tahun lalu dan sebelum itu pada 2017 mencatat sebanyak 86.9 juta.


PILIHAN EDITOR