Sakit Ketika Di Perancis, Wanita Ini Nekad Saman Kerajaan!

TERKINI
May 29, 2019 - 12:36 PM


Seorang wanita dan anak perempuannya telah bertindak untuk menyaman kerajaan Perancis atas dakwaan masalah kesihatan mereka adalah berpunca daripada pencemaran udara ketika mereka di sana.

Kes mula didengari semalam, dan ini adalah kes perundangan pertama seumpama ini di Perancis. Dalam tuntutan saman yang difailkan, kedua-dua wanita berkenaan menuntut ganti rugi berjumlah 160,000 Euro (RM749,393) daripada kerajaan.

Menurut tuntutan berkenaan, mereka menyalahkan kerajaan yang gagal mengambil langkah berkesan untuk selesaikan masalah pencemaran udara, terutamanya ketika berlakunya pencemaran teruk di Paris pada tahun 2016.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua wanita ini dikatakan menerima kesan daripada pencemaran ini kerana kediaman mereka terletak di pinggir Saint-Ouen di utara Paris dan berhampiran dengan jalan lingkaran yang sentiasa sesak.

Menurut rekod, sejak ia dibuka pada tahun 1973, kira-kira 1.1 juta orang pemandu dan kenderaan menggunakan jalan berkenaan setiap hari.

Gambar Sekadar Penyeri Artikel...

Kedua-dua wanita ini berkata, mereka mendapat masalah pernafasan dan  ianya semakin teruk ketika kemuncak pencemaran. Mereka kini telah berpindah ke bandar raya Orleans atas saranan doktor.


Lain - Lain Cerita Berkenaan Paris :