Lelaki Hilang Zakar Akibat Digigit Sampai Putus, Hukuman Curi Barang Bernilai RM4

TERKINI
October 05, 2022 - 06:14 PM


Seorang lelaki di Nigeria yang ditangkap mencuri dihukum di khalayak ramai dengan cara menggigit zakarnya sehingga putus, lapor akhbar Daily Star pada Isnin.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter oleh Parti Marxist, insiden itu dikatakan berlaku di Semenanjung Bakassi, Nigeria.

Ia menunjukkan orang ramai bersorak ketika ‘hukuman’ dijalankan. Beberapa laporan mengatakan bahawa pencuri berkenaan mencuri barangan yang bernilai kurang daripada RM4.60 (AS$1 dolar).

Dalam video tersebut, salah seorang penduduk setempat dilihat tunduk di hadapan pencuri yang dibogelkan itu sebelum menggigit zakarnya. Penduduk lain kemudian membaling batu ke arahnya ketika dia terbaring dalam keadaan tidak berdaya.

Destination: