"Main Macam Veteran, Tapi Tali Kasut Tak Ikat!" - Ini Alasan Bintang Muda Sepanyol, Gavi!

TERKINI
December 02, 2022 - 04:15 PM


Pada setiap kejohonan Piala Dunia, pasti lahirnya bintang muda baharu yang mencuri tumpuan kelab-kelab ternama di serata Eropah. Begitu juga dengan pemain Sepanyol ini, Gavi yang berusia 17 tahun dan baru sahaja memecah rekod sebagai penjaring termuda di Piala Dunia.

Gavi berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol pada kemenangan pertama aksi kumpulan menentang Costa Rica di mana Sepanyol menang dengan bergaya 7-0. Biarpun Sepanyol muncul naib juara dalam kumpulan setelah tewas pada Jepun awal pagi, aksi Gavi tetap menarik perhatian.

Jelas pada perlawanan tersebut, Gavi tidak mengikat kemas but bolanya dan terus bermain seperti biasa. Ini bukan insiden yang pertama, bahkan ia berlaku banyak kali semasa beliau bermain untuk Bercelona. Alasan atau sebabnya mudah, Gavi tidak pandai mengikat tali kasutnya. Perkara tersebut dikongsi oleh seorang wartawan Sepanyol di Twitter.

"Gavi bermain tanpa mengikat kasutnya dari kecil" jelas wartawan tersebut.

 Bahkan, rakan sepasukannya di Barcelona Nico Gonzales, pernah memuat naik satu gambar dengan caption "masa untuk belajar".

 

Destination: