[VIDEO] "Main Rolling Ball, Siap Jatuh Tergolek Lagi" - Netizen Persoal Betul Ke Ira Kazar Ni Mengandung?

TERKINI
February 07, 2023 - 05:37 PM


Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan sedang hamil anak pertama.

Bagaimanapun perkongsian Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin menerusi Instastory miliknya pada Isnin mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila Ira melakukan aktiviti 'indoor' bersama keluarganya.

Menerusi video yang dikongsi, Ira dilihat riang bermain permainan 'rolling ball' bersama ahli keluarga di sebuah taman tema.

Seorang pengguna di aplikasi Tiktok yang mengulang siar video berkenaan mengundang komen netizen yang mempersoalkan sama ada Ira hamil ataupun sebaliknya.

Ini kerana kata mereka, sekiranya benar Ira sedang hamil, dia tidak akan melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kandungannya.

Apatah lagi jika ia adalah kehamilan pertama, pasti pelakon berkenaan akan benar-benar menjaga diri.

"Eh, kata mengandung boleh pula main jatuh-jatuh. Dia tak hamil, kan? Katanya hamil, tak bahaya ke?

"Bukankah Ira mengandung? Orang hamil boleh main benda tu ke? Atau saya ketinggalan?" antara beberapa komen netizen.

VIDEO TIKTOK

@binafshasweet880609 Positif Vibes ,.Anak2 Kazar ❤️ #irakazar #fyp #dramasangat #binafshasweet #foryourpage90s #binafshacontent #fypシ #norainibasre #artismalaysia ♬ bunyi asal - Noraini Basre
@binafshasweet880609 Membalas kepada @hafizahhajiomar84 #fyp #dramasangat #foryourpage90s #binafshacontent #fypシ #fypシ #artismalaysia #binafshasweet #irakazar ♬ bunyi asal - Noraini Basre

Terdahulu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam enggan memberi komen berkenaan gosip mengatakan Ira sedang hamil malah tidak mahu lagi mengulas apa-apa tentang rumah tangga anaknya itu.

"Dia hamil atau tidak, saya tak tahu. saya tak nak komen.

"Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih,' katanya.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Sumber: Mstar

Destination: