"Patutlah Steady Je Member Pasang 2" - Ini Profil & 13 Fakta Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu

TERKINI
January 10, 2023 - 02:46 PM


Sejak kebelakangan ini nama Syamsul Yusof tiba-tiba meletop dek kerana konflik isu curang dan tu-tup bernikah kali ke-2 dengan Ira Kazar, sehingga ramai yang simpati dengan nasib isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah.

Hari ini buat pertama kali selepas beristeri dua, lelaki yang kini popular dengan panggilan SOL itu ‘memecah’ kesunyian di media sosial apabila memuat naik gambar-gambar perkahwinannya bersama Puteri Sarah dan Ira Kazar dengan kapsyen berbunyi :

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik”

Pasti ramai yang mungkin masih geram, marah atau terhibur dengan situasi terkini pasangan selebriti tersebut.

Apa-apa pun jom kita kenali dulu siapa sebenarnya Syamsul Yusof yang banyak menjadi gosip meniti di bibir-bibir netizen ini.

Berikut disenaraikan fakta menarik tentang diri lelaki yang baru sahaja menjalani dunia poligami dalam rumahtangga beliau :-

1) Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul bin Mohd Yusof ini dilahirkan pada 21 Mei 1984, merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau kini berusia 38 tahun.

2) Syamsul adalah nekas penuntut bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Akademi TV3 yang kini dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

3) Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Adiknya, Syafiq Yusof juga bergelar seorang pengarah. Dua lagi adik-beradiknya yang lain ialah Faizal Yusof selaku abang tiri dan Nur Syamin (adik perempuan).

4) Selain dikenali sebagai sepupu kepada pelakon popular Fattah Amin, Syamsul juga adalah sepupu kepada pelakon Sabrina Ali.

5) Syamsul mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2005 sehingga bergelar pelakon, penyanyi, model, penulis skrip, pengarah dan penerbit.

6) Pemegang trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30, Anugerah Khas PFM Anugerah Blokbuster 2012 dan banyak lagi.

7) Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Sehingga kini dikurniakan dua cahaya mata bernama Syaikul Islam dan Sumayyah.

8) Syamsul antara ‘car enthusiast’ tegar apabila sering memuat foto bersama kereta-kereta mewahnya. Antaranya adalah Lamborghini Aventador, Ferrari F430, Hummer dan beberapa lagi.

9) Syamsul mendapat pujian ramai kerana mewarisi bakat yang ada pada bapanya, Datuk Yusof Haslam. Malah adiknya. Syafiq turut mengakui perkara itu dengan menulis, “Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda.”

10) Sebelum bergelar pengarah filem, Syamsul Yusof perlu melepasi beberapa tugasan dari ayahnya untuk mengarah drama tv bersiri yang popular Gerak Khas. Filem arahan pertama Syamsul Yusof ialah Evolusi KL Drift.

11) Syamsul berjaya mengubah persepsi masyarakat Malaysia mengenai genre Filem terbitan Skop Production dengan mengetengahkan pelbagai genre setelah 5 Filem di bawah arahannya telah berjaya mencapai kutipan pecah panggung.

12) Setiap filem arahan Syamsul mendapat kutipan purata filem dengan gandaan RM2 juta.

Bermula dengan Evolusi KL Drift (RM2 juta), Bo.hsia (RM 4juta), KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan KL Gangster (RM11 juta) dan Munafik 2 (RM48 juta).

13) Memetik laporan Sinarharian pada 2013, Datuk Yusof Haslam mendedahkan Syamsul pernah meluahkan hasrat untuk bersara awal ekoran filem arahannya, KL Gangster 2 disabotaj dan disebarkan di internet serta menjadi tatapan penonton di dunia maya dua bulan lebih awal.

Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.

Sumber : Motif Portal

Destination: