Malaysia Dijangka Alami Cuaca Panas Sehingga Oktober
TERKINIMalaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kering serta menerima kurang taburan hujan sehingga Oktober ini.
Malah, negara jiran seperti Singapura dan Sumatera, Indonesia turut dijangka mengalami cuaca yang sama.
Namun, lapor Bernama, tiada fenomena El-Nino dan La Nina bakal berlaku.
Malaysia bersama 4 negara Asean lain iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand sedang melakukan mesyuarat tahunan bagi memantau serta memperincikan langkah yang diambil dalam mengatasi jerebu rentas sempadan, seperti yang menimpa negara kita ketika ini.
Kelima-lima negara yang terlibat membentangkan tindakan yang telah diambil untuk menangani kejadian kebakaran dan jerebu di negara masing-masing.
Antara maklumat tindakan yang dikongsi ialah menjalankan pemantauan cuaca dan titik panas secara berterusan, menguatkuasakan undang-undang dan mensiap-siagakan peralatan dan sumber tenaga manusia untuk sama-sama memantapkan pemadaman kebakaran.