"Maruah Wanita Berniqab Macam Dipijak!" - Youtuber Arah Talent Wanita Pakai Niqab, Siap Buat Fashion Show Depan Juri Lelaki
TERKINIGenerasi masa kini tidak boleh dipisahkan dengan media sosial atau lebih tepat lagi telefon pintar. Melayari segala platform media sosial, khidmat penstriman telah menjadi sebahagian rutin harian mereka. Termasuk meilhat pelbagai jenis kandungan yang ada di Youtube.
Satu channel di Youtube, Ammar Nazhan yang mempunyai hampir 1.8 juta pengikut sekali lagi mendapat perhatian netizen. Tahun lalu, beliau pernah dikecam akibat memuatnaik konten prank ditangkap basah. Kali ini lain pula ceritanya.
Youtuber ini cuba menampilkan konten yang agak berlainan. Kali ini, beliau membelikan niqab dan diberikan kepada talent wanita dan meminta mereka untuk memeragakannya. Di ruangan komen jelas, kebanyakan netizen berasa tidak senang akan video ini.
Bagi mereka, tidak patut memperagakan niqab di hadapan lelaki yang bukan mahram. Imej seorang wanita berniqab itu diletak terlalu tinggi dan tidak wajar dijadikan sebagai fashion show apatah lagi dijadikan sebagai konten semata.
Ini konten merapu apa? Tujuan berniqab adalah untuk menjaga diri dari dilihat. Ini siap buat fashion show??? Dahlah ikhtilat memang out. Lepastu berimej niqab sambil tak menjaga ikhtilat?
— ام حارث (@nabilahalwie) November 1, 2022
SO SICK
Stop buat stupid content! pic.twitter.com/Ahqj20c7iv
Netizen berpendapat, Ammar Nazhan patut lebih berhati-hati dalam membuat konten kerana kebanyakan penontonnya adalah golongan mereka yang masih bersekolah. Melihat konten sebegini boleh memberi persepsi yang salah terhadap penonton.