Maya Bay Di Thailand Akan Terus Ditutup Sehingga 2021

TERKINI
May 13, 2019 - 02:47 PM


Kalau korang dah berkesempatan menjejakkan kaki ke Maya Bay, Thailand ni, tahniah lah kami nak ucapkan. Tapi kepada yang belum sampai tu, nampaknya kena tunggu sehingga tahun 2021 lah nampaknya.

Maya Bay ni, selain daripada popular disebabkan keindahan semulajadinya, ia secara tak langsung menjadi perhatian dunia apabila sebuah filem yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio bertajuk ‘The Beach’ dilakonkan di sini sekitar tahun 2000.

Terletak berdekatan dengan Ko Phi Phi, Maya Bay ni dikelilingi oleh ‘binaan’ semulajadi serta air yang jernih dan berwarna biru kehijauan.

Seperti tempat tarikan pelancongan yang lain, Maya Bay sebelum ini telah diperintahkan untuk ditutup untuk pelancong kerana khuatir pantai tersebut ‘terkena tekanan’ disebabkan ribuan bot pelancong yang tiba setiap hari.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Maya Bay mendapat kunjungan kira-kira 38 juta orang pengunjung setiap tahun dan disebabkan industri pelancongan yang semakin hari semakin ‘merosakkan’ alam sekitar di sana, Jun lalu pihak berkuasa Thailand menutup pantai tersebut untuk masa empat bulan. Namun, kemudian tarikh pembukaan pulau tersebut ditunda.

Terkini, penutupan Maya Bay akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun 2021 untuk tujuan pemuliharaan semula ekologi di kawasan terbabit. Selain itu, sekiranya ia dibuka semula untuk orang awam, akan dihadkan jumlah pengunjung dalam sehari.

Sebelum ini, lebih daripada 5,000 orang pengunjung singgah di Maya Bay dan ini secara tidak langsung menyebabkan tumbuhan-tumbuhan yang baru nak tumbuh mati dipijak selain terumbu karang di kawasan perairan pantai tersebut mendapat kerosakan.

Terkini, berikutan daripada penutupan Maya Bay sejak Jun lalu didapati satu spesis jerung blacktip telah kembali ke perairan dan bermain-main di terumbu karang di kawasan Maya Bay, ini merupakan salah satu petanda yang baik.

Diharapkan selepas dibuka semula nanti, pengunjung yang kesana perlu lebih berhati-hati dan peka terhadap persekitaran. 

Benda Boleh Jaga, Kenapa Nak Biar Rosak! 

Baca Juga : 

7 Destinasi Yang ‘Rosak’ Akibat Industri Pelancongan

Destination: