Maya Bay Dibuka Semula Untuk Pengunjung Dengan SOP Yang Baru!

VIRAL
February 15, 2022 - 12:46 PM


Maya Bay antara lokasi tarikan pelancong mula dibuka semula dengan SOP yang baru yang harus dipatuhi.
Pantai ini ditutup pada tahun 2018 akibat kerosakan yang berlaku dan pihak berwajib Thailand membuat keputusan untuk memuliharanya semula.

Setelah hampir tiga tahun ditutup, pada awal 2022 ini kawasan ini kembali menerima pengunjung. Namun, kehadiran pengungjung telah dihadkan. Cuma 375 orang yang dibenarkan untuk memasuki antara 7 pagi dan 6 petang.

Pengunjung juga hanya dibenarkan untuk bergambar, bersantai di Maya Bay selama satu jam dan tidak dibenarkan untuk berenang buat ketika ini.

Selain dari jumlah pengunjung yang terhad, kapal juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut untuk melindungi terumbu karang yang. Kapal boleh berlabuh di kawasan yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2008, hampir 170 orang yang berkunjung setiap hari. Tetapi pada tahun 2018 jumlahnya telah meningkat menjadi sekitar 5.000 orang dan mengakibatkan kawasan yang kaya dengan keindahan laut itu rosak dan musnah.

Destination: