Mbappe Merajuk, PSG Upah 'Cybertrooper' Kecam Mbappe?

TERKINI
October 14, 2022 - 12:13 PM


Nama bintang bola sepak Eropah Kylian Mbappe kini semakin panas. Biarpun telah menolak tawaran ke Real Madrid pada jendela perpindahan yang lepas, terkini ada desas desus hubungannya dengan kelab Paris Saint Germain telah putus.

Beliau menjadi subjek serangan dalam media sosial yang dipercayai diwujudkan oleh kelabnya sendiri. Pada 2019, Mbappe buat kali pertama menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab, dan sejak itu dia sering menjadi sasaran di media sosial.

“PSG menegaskan kelab tidak pernah membiayai agensi untuk membahayakan individu atau institusi,” kata kelab.

Tidak lama selepas penafian dibuat, PSG mengesahkan kepada RMC Sport mereka tidak bersalah.

“Adakah anda benar-benar fikir kami mengupah orang untuk menipu pemain kami sendiri? Ia tiada kaitan dengan kelab.

“Kami menghabiskan tahun lalu dengan memperbaharui kontrak Mbappe, perjanjian terbesar dalam sukan dunia dan melibatkan Presiden Macron.

“Anda fikir pada masa yang sama kami sengaja ‘mengenakannya’?” kata gergasi bola sepak Perancis itu.

Penyerang Perancis itu me­rasakan dirinya telah ‘di­khianati’ kerana kelab gagal mengotakan beberapa janji mereka sedangkan dia te­lah menolak tawaran untuk menyer­tai Real ­Mad­rid dan kekal di Paris.

Destination: