MBPJ Tawar Ganjaran Untuk Tangkap Tikus
TERKINIPopulasi tikus boleh dikatakan ada di merata tempat lagi-lagi di kawasan yang berdekatan dengan restoran atau kedai. Mamalia ini, jika tak dikawal, boleh membawa kepada banyak penyakit.
Sedar akan hal itu, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, MBPJ telah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menangkap tikus dalam usaha mengurangkan populasi mereka.
Kempen ini diharapkan dapat membantu penduduk serta pemilik kedai untuk memastikan premis mereka sentiasa dalam keadaan bersih.
Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dan perlukan kerjasama orang ramai. Usaha ini tidak akan berkesan sekiranya premis dan kawasan komersial masih dalam keadaan kotor.
Sepanjang tahun, MBPJ telah menerima 55 aduan berkaitan tikus dan hampir 1600 ekor telah ditangkap setakat ini.
Sumber : mStar