[VIDEO] "Jijiknya!" - Tikus Berkeliaran Di McD Kota Kemuning, Netizen Lain Pula Jumpa Lipas Dalam McFlurry!

TERKINI
February 10, 2023 - 12:51 PM


Restoran segera terkemuka, McDonald's cawangan Kota Kemuning, Selangor diarah tutup selama dua minggu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tular video menunjukkan seekor tikus berkeliaran di premis itu.

Perkongsian video itu di laman Twitter menunjukkan haiwan berkenaan berada di kaunter pandu laju premis tersebut.

Tersentak dengan kejadian itu, warganet terus melaporkan perkara itu ke pihak berwajib dan KKM telah mengeluarkan notis penutupan cawangan berkenaan sejak Rabu.

Dalam pada itu, satu lagi perkongsian di laman Twitter memaparkan seekor lipas berada di dalam bekas aiskrim yang dijual di premis berkenaan.

Namun, lokasi cawangan restoran itu masih belum dapat dipastikan dengan pemilik video enggan mendedahkan butiran lanjut.

Dengan rakaman terbaharu ini, diharap pihak KKM sekali lagi menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dengan perkara itu boleh mengundang pelbagai masalah sekiranya ia dibiarkan.

Belum ada sebarang maklumat dikongsikan berhubung kes kedua tersebut dan orang ramai yang mempunyai butiran diminta untuk kemukakan laporan segera ke pihak berwajib. 

Destination: