"Merajuk Taknak Pegang Tangan Safawi!" - Gelajat Comel Anak Ini Cuit Hati Netizen

TERKINI
January 10, 2023 - 04:01 PM


Menjelang perlawanan separuh akhir kedua AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di mana Harimau Malaya bakal bertandang ke Thammasat Stadium untuk menentang pasukan tuan rumah Thailand berbekalkan jaringan 1-0, apa kata kita layan video mencuit hati sewaktu perlawanan yang pertama di Bukit Jalil.

Seperti biasa sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan bakal beriring dan berpegangan tangan dengan anak-anak kecil sewatu memasuki padang. Itu antara impian anak kecil untuk berada di samping pemain atau idola mereka. 

@fyeluqhaq Pengalaman pertama Ali…Last minute kne tukar sbb ali merajuk xnk pakai stoking..geli dia ckp 🤣 Babah dia pujuk kat sbelah still x jalan…mkin dia dah mengantuk mood x cantik.. nampaknya dia x mau pegang tangan safawi rashid 😂😂 #affcup2022 #malaysiathailand🇲🇾🇹🇭 #escortkid #fyp ♬ original sound - FyeLuqhaq

Namun sebaliknya berlaku kepada anak kecil yang bernama Ali ini. Ibunya sendiri berkongsi video di TikTok di mana dia merakam gelagat anaknya sewaktu menjadi 'escort kid' dan berpeluang memegang tangan kapten kebangsaan Safawi Rasid.

Rupa-rupanya dia merajuk di saat akhir kerana tidak selesa untuk memakai stokin biarpun cuba dipujuk ayahnya. Alahai adik comel betul merajuk sambil hentak kaki!

Destination: