
Meremang Tengok Kamera Nokia Yang Baru!
VIRALPelbagai idea unik dan tarikan baru digunakan syarikat pengeluar telefon pintar seluruh dunia semata-mata nak melariskan jualan telefon keluaran mereka.
Terbaharu, Nokia tampil dengan model Nokia 9 PureView yang mempertaruhkan bukan 1 atau 2 kamera, tetapi 5 kamera sekaligus!
Namun, kamera tersebut menyebabkan rasa geli-geleman di kalangan netizen kerana design kameranya yang kelihatan seperti benda berlubang-lubang dan mengundang ‘Trypophobia’!
Trypophobia adalah rasa takut dan jijik yang dialami segelintir individu apabila melihat atau terbayang benda-benda yang mempunyai banyak lubang-lubang kecil seperti gambar di bawah.
Ramai netizen di laman Twitter yang memberi komen seperti berasa geli dan meremang apabila melihat kedudukan kamera Nokia tersebut.
Siapa tahu, ini mungkin salah satu strategi Nokia untuk meraih perhatian dan minat pengguna terhadap telefon pintar keluarannya. Maklumlah, nak kena bersaing dengan 2 jenama hebat telefon pintar macam iPhone dan Samsung bukan senang, beb!
Explore every detail with the new Nokia 9 PureView. https://t.co/JJRuAdORaP #GetSmart #MWC19 #Nokiamobile pic.twitter.com/lOso3lL9XR
— Nokia Mobile (@NokiaMobile) February 24, 2019
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video