"Ms Puiyi Dah Single!" - Para Lelaki Teruja Hubungan Cinta Ms Puiyi Dan Mark O'Dea Berakhir

TERKINI
August 21, 2023 - 04:54 PM


Personaliti dan pelakon terkenal Miss Pui Yi sekali lagi menjadi bualan netizen. Jika sebelum ini nama beliau menjadi sebutan setelah menjadi muka depan untuk majalah antarabangsa Penthouse, kini status hubungannya bersama Mark O'Dea pula mencuri tumpuan

Hujung tahun lalu, Ms Puiyi mengumumkan hubungannya bersama Mark secara terbuka dengan memuatnaik video mesra mereka ketika bercuti di London semasa Hari Krismas. Namun, menerusi Instagram Story pada 19 Ogos yang lalu Ms Puiyi mendedahkan hubungan mereka berdua telah berakhir.

Ms Puiyi menyatakan hubungan mereka yang bertahan selama 1 tahun 8 bulan itu telah berakhir dan biarpun tidak berakhir denga perkahwinan, mereka masih berkawan baik. Mark turut mengeluarkan kenyataan menerusi instagram peribadinya menjelaskan perkara yang sama

Nampak gayanya, Ms Puiyi dah single. Ramai lah lelaki yang tak senang duduk yang cuba menawan wanita jelita ini. Apa-apa pun all the best Ms Puiyi dan juga Mark!

Destination: