"Nak Jumpa Anak Di Syurga" - Ayah Redha, Anak Dibaham Buaya

VIRAL
December 05, 2022 - 03:57 PM


Minggu lepas, viral di sosial media di mana mengalirnya tangisan seorang ayah yang gagal menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah telah mengundang rasa pilu dan sebak netizen. Beberapa klip video juga viral menunjukkan bagaimana beliau berusaha untuk menyelamatkan anaknya.

Biapun beliau telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan badan namun, beliau tetap memberikan segala kudrat yang ada demi mendapatkan anaknya semula. Namun, segalanya telah ditetapkan Tuhan.

@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu

Namun begitu, perkongisan seorang influencer, Adrian Edy di TikToknya, dia telah menziarah si ayah dalam usahnya untuk memberi sedikit sumbangan dan juga motivasi supaya si ayah dan keluarga tabah menghadapi dugaan.

Sumber dan Kredit: Adrian Edy

Destination: