"Nak Masukkan Dosa Pun Tak Muat" - Beg Tangan Louis Vuitton Sebesar Kuman Dijual RM300,000

TERKINI
July 03, 2023 - 05:01 PM


Sejak semalam warganet seluruh dunia terkejut dengan beg tangan Louis Vuitton (LV) yang dilelong pada harga USD$63,000. Bagaimanapun bukan harga yang menjadi perbualan orang ramai, namun beg tangan tersebut hanyalah sebesar kuman!

Hampir tidak dapat dilihat oleh mata manusia, beg tangan berwarna hijau dengan kuning neon itu dijual pada harga permulaan sebanyak USD$15,000 sebelum naik kepada USD$63,000 (RM294,052). Beg itu mengambil inspirasi reka bentuk LV dan bukannya keluaran barangan mewah itu sendiri.

Kevin Wiesner, ketua pegawai eksekutif MSCHF, memberitahu The New York Times bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran daripada Louis Vuitton untuk menggunakan reka bentuk itu.

"Beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut dan cukup kecil untuk menembusi lubang jarum" menurut posting Instagram oleh pembuatnya, MSCHF kolektif seni yang berpangkalan di Brooklyn. 

Digelar sebagai 'Beg Tangan Mikroskopik', beg itu diperbuat menerusi teknologi pembuatan yang digunakan untuk mencetak plastik berskala mikro 3D, dipanggil two-photon polymerization. Ia dijual bersama mikroskop yang dilengkapi dengan paparan digital di mana beg itu dapat dilihat.

Setakat ini tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh LV berkenaan jualan beg yang berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar itu.

Foto promosi menunjukkan reka bentuknya dengan lebih terperinci, mendedahkan monogram dengan tulisan "LV" yang biasa terdapat pada beg jenama Louis Vuitton.

Barang-barang pelik macam ni selalu dibuat MSCHF yang sebelum ini mencetus kontroversi dengan menjual 'Kasut Syaitan' Lil Nas X yang dikatakan terdapat darah dalam kasut tersebut.

Sumber: Astro Awani