
Netizen Tak Malu Buli Budak Umur 9 Tahun.
VIRALMangsa terbaru netizen adalah cucu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Seperti sudah sedia maklum datuk beliau didakwa oleh SPRM diatas beberapa kes berat. Ramai juga yang menyalahkan ibu beliau diatas perihal didikan dan pengaruh keatas minda mentah adik ni. Tetapi itu bukan fokus kami disini. Apa yang menjadi tanda tanya kami adalah, kenapa netizen pantas mencela seorang kanak-kanak di media sosial? Ini adalah satu kes pembulian siber.
Tgk² org besar komen merapu kt cucu zahid hamidi tu, I JUST DON'T UNDERSTAND WHY? And if u are a parent please jangan sebarkan. Budak tu akan membesar sama dgn anak² kita akan membesar. Kita pun tanak anak kita kena buli. Sobs. Biarla mak dia je yg bodo. Kita jgn tambah minyak.
— ojamoja (@ojamoja) October 21, 2018
Issue pembulian siber telah lama diperkatakan dan pernah berlaku banyak kes dimana mangsa buli siber pernah sampai tahap membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi. Seperti kes seorang remaja Texas di Amerika Syarikat, Brandy Vela yang hanya berusia 18 tahun telah membunuh diri dirumah keluarganya akibat tidak tahan diejek dan dibuli di media sosial. Adakah minda sementah umur 9 tahun dapat menahan ejekan dan pembulian siber netizen tanpa apa-apa kesan sedikit pun? Mungkin tidak nampak kesan nya sekarang tetapi pada masa akan datang siapa yang tahu?
Saya juga memandang serius perkembangan terbaru melibatkan cucu DS @Zahid_Hamidi berusia 9 tahun yang telah dicemuh dan dilemparkan kata-kata kesat di media sosial terutamanya. Ini adalah satu bentuk ‘cyberbullying’ dan harus dihentikan serta-merta.
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 21, 2018
Janganlah kita menjadi masyarakat yang tidak berhati perut. Pada kami tiada salah yang dilakukan adik perempuan ini. Walaupun ada kemungkinan dia membuat video tersebut atas suruhan orang lain. Tetapi amat jelas sekali adik ini amat menyayangi datuk beliau dan semestinya inginkan yang terbaik. Sama seperti kanak-kanak lain yang mempunyai datuk dan nenek. Kami berharap dan mendoakan adik ini menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat kelak. Amin.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video