Niat Nak Didik Murid, Tampar Sebab Hidu Gam - Guru Dihadapkan Ke Mahkamah Pula

VIRAL
December 18, 2017 - 11:48 AM


Jangan sangka jadi seorang guru itu mudah! Selain sering dipersalahkan sekiranya anak murid ‘buat hal’, perangai buruk murid di sekolah juga dah tak boleh ditegur.

Itulah yang terjadi dan menjadi dilemma para guru masa kini. Guru di seluruh negara hari ini diseru untuk tampil bersolidariti dan memberikan sokongan moral kepada guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai yang bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya.

Cikgu Azizan, dikatakan menampar seorang pelajr yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan disiplin berat berulang antaranya menghidu gam, bergaduh, ponteng sekolah dan membuli pelajar di sekolah.

Gambar Hiasan... 

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), dalam satu kenyataan menyeru semua guru di seluruh negara untuk hadir memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan yang mungkin hilang jawatan jika didapati bersalah.

NUTP akan menyediakan peguam untuk memebela Cikgu Azizan dan memanggil semua guru untuk hadir memberikan sokongan di Mahkamah Majistret Seremban pada 19 Disember 2017 jam 8.30 pagi esok.

Sokongan kepada Cikgu Azizan diperluakan menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan.

 

Sumber : Mynewshub

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video